Virtual Account untuk pelanggan sewaan Coway Malaysia

Coway Malaysia CIMB Virtual Account

Coway Malaysia ingin memperkenalkan Virtual Account untuk pelanggan sewaan Coway Malaysia (Untuk bayaran manual sahaja)

Kami di Coway Malaysia ingin memaklumkan bahawa Virtual Account untuk pelanggan sewaan Coway Malaysia telah dilancarkan untuk proses pengenalpastian setiap pembayaran pelanggan yang lebih efisien. Untuk pembayaran sewaan, sila membuat bayaran ke nombor Virtual Account anda yang unik dari Coway Malaysia.

Berikut merupakan soalan-soalan lazim

Soalan-soalan Lazim

Apa itu Virtual Account?
Virtual Account adalah akaun bank yang diberikan khas kepada pelanggan Coway Malaysia. Setiap pelanggan Coway Malaysia akan mempunyai satu nombor Virtual Account yang berbeza.

Mengapa Virtual Account diperlukan?
Anda perlu menggunakan Akaun Virtual Account ketika membuat pembayaran melalui CDM/Cek/Perbankan Internet. Berbeza daripada akaun bank yang biasa, setiap Virtual Account adalah unik supaya Coway Malaysia dapat mengenalpasti setiap pembayaran daripada pelanggan.

Senario:
Nombor Virtual Account Pelanggan A & B adalah berbeza.
Pelanggan A: 98 9920 xxxx xxx1
Pelanggan B: 98 9920 xxxx xxx2

Semasa membuat pembayaran melalui CDM / Cek / Perbankan Internet, Pelanggan A perlu membayar kepada nombor Virtual Account sendirinya yang unik iaitu 98 9920 xxxx xxx1 manakala Pelanggan B kepada nombornya 98 9920 xxxx xxx2. Dengan demikian, Coway Malaysia dapat mengenalpasti pembayaran setiap pelanggan dengan cepat.

Bagaimanakah saya membuat pembayaran?
Anda boleh membuat pembayaran melalui kaedah-kaedah seperti berikut:

  1. Perbankan Internet – Incoming Giro
  2. Rentas
  3. TT
  4. Cek (Kaunter/ CIMB Drop Box Sahaja; Tidak Dapat Dijalankan Melalui Mesin Deposit Cek)
  5. Kaunter Bank
  6. ATM (Pemindahan Tunai)/ CDM ( Mesin Deposit Tunai) (Bermula dari tahun 2014)

Bilakah Virtual Account akan dilancarkan secara rasmi?
Virtual Account akan dilancarkan secara rasmi pada 1 haribulan Oktober 2013.

Bagaimanakah nombor Virtual Account ditentukan?
Nombor Virtual Account anda akan ditentukan secara automatik semasa pembelian anda direkod ke dalam sistem Coway Malaysia.

Bagaimanakah pelanggan dimaklumkan tentang pelancaran Virtual Account ini?
i) Makluman akan dihantarkan melalui SMS pada 3 Oktober 2013.
ii) Surat rasmi akan dihantarkan kepada setiap pelanggan pada Oktober 2013; manakala untuk pelanggan Korporat, surat akan dilampirkan bersama invois and penyata akaun Coway Malaysia pada awal bulan Oktober.

Bagaimana kalau saya tidak dapat menerima surat makluman itu?
Sekiranya anda tidak terima sebarang surat daripada pihak kami, sila mengunjungi www.coway.com.my dan klik pada kotak Virtual Account yang muncul di halaman utama. Seterusnya, isikan nombor Kad Pengenalan anda untuk memperolehi nombor Virtual Account anda yang unik.

Saya hanya dibenarkan membuat pembayaran kepada Virtual Account? Bolehkah saya membuat pembayaran dengan kaedah yang saya biasa gunakan selama ini?
Anda dibenarkan membuat bayaran kepada akaun bank yang lain sehingga notis selanjutnya, kecuali kepada Bank CIMB. Untuk pelanggan yang kini membuat bayaran ke akaun CIMB Coway Malaysia, anda perlul membayar kepada Virtual Account anda untuk pembayaran yang seterusnya.

[click to continue…]

0 comments

Coway Alkaline Water

Coway Kangen Alkaline Water

PREMIUM IONIZER ALKALINE WATER

Memperkenalkan Coway Inception™

  • Produk Penulen air Ionizer Alkaline kami melangkaui zaman dan teknologi yang ada.
  • Ionizer air alkali Pertama Mempunyai suhu sejuk peti .
  • Penulen Air alkaline pertama yang gabungan hybrid dengan penulen nano sejuk panas dan suam.
  • penulen alkali yang pertama mempunyai rekabentuk moden.
  • Alkaline Water yang sebenar PH8 keatas.

Sebagai Jenama water filter NO.1 di Malaysia, Coway melancarkan new model Inception CHPE-250NF. Memperkenalkan produk terbaru Coway Inception yang baru sahaja dilancarkan pada 1 Oktober 2015, Inception – penapis air alkali Coway Inception dengan teknologi NF Membrane System dan alkaline ionizer system. Model Coway Inception merupakan produk penapis air yang menggabungkan sistem rawatan air (water purifier) dan sistem ionizer dalam satu produk. Air alkali yang dihasilkan Coway Inception mempunyai pH 8.5-9.5 yang sangat baik untuk tubuh badan.

Coway Inception bakal menjadi produk alkaline water filter no.1 di Malaysia kerana harga yang sangat berpatutan berbanding denagn jenama alkaline water filter lain di Malaysia contohnya seperti jenama.

[click to continue…]

16 comments